Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

29.5.12

Tika berakhirnya waktu






Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yg sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yg ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu telah memanggil 
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi




25.5.12

Guna sahabat itu apabila...





Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu. 
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu. 
Tapi aku tidak mengerti mengapa cinta masih tak hadir. 
Aku tidak mengerti mengapa rindu belum berbunga.

Walau ku kutip semua permata di dasar lautan, 
Walau ku siram dengan air hujan dari tujuh langit Mu, 
Namun cinta tak kan hadir, rindu takkan berbunga.

Ku cuba menghulurkan sebuah hadiah kepada Mu,
Tapi mungkin kerana isinya tidak sempurna,tiada seri.
Ku cuba menyiramnya agar tumbuh dan berbunga,
Tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga kauthar

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Kurniakanlah rinduku kepada Mu

Moga ku tahu syukur ku hanyalah milik Mu

Jika tidak mengharap rahmat Mu, tidak menagih simpati pada Mu ya Allah.


***

Kadang harini kita alim, kadang esok kita lalai. Biasalah, manusia.

Tapi, kalau dah jauh terlalai, itu guna SAHABAT, mengingatkan dan menarik kita kembali kepada landasan yang nyata menuju cahaya.



1.5.12

Apa yang kurang







kalau ditanya apa yang kurang dalam hidup ini , 
maka tahulah yang kita ini kurang bersyukur.

2.3.12

Kesabaran



Hakikatnya, apa-apa musibah yang melanda kita adalah baik untuk kita


Aku terbaca ayat atas ni dari fb Hilal Asyraf. Hmm. Betul la tu apa yang dia cakap. Bukan apa, kadang-kadang ada perkara tu Allah bagi perkara pahit dulu kepada kita. Ada pulak, Allah bagi benda terang-terang nampak kebaikannya kepada kita. Hakikatnya, itu semua adalah ujian yang Allah nak bagi kat kita.


Rahmat Allah dan azabNya turun meliputi semua orang, tak kira orang baik atau jahat. Semua merasa. Ada orang baik terkena azab yang Allah nak turun kepada orang yang jahat. Ada jugak orang jahat dapat rahmat Allah yang nak diberi kepada orang yang baik-baik. Bagi orang baik yang terkena musibah, itu adalah sebab Allah nak uji tahap kesabaran mereka. Orang jahat pulak, dapat rahmat Allah jugak sebab Allah tu Maha Pemurah kepada setiap makhlukNya. Pointnya, kita kena bersabar. Orang-orang yang tidak sabar kan orang-orang yang rugi.


Aku pernah mengalami ujian yang aku rasa amat berat untuk diri aku dan juga ahli keluarga aku yang lain. Berita yang ibu aku jatuh sakit dan doktor kata ibu mungkin cuma ada 50% peluang untuk hidup, benar-benar terasa berat untuk ditanggung. Kebetulan masa tu aku ada jauh dari rumah, dekat asrama. Cuba bayangkan, abah hantar mesej dekat aku (oh ye, dulu aku bawak henset gi asrama.hihi) mengatakan yang ibu masuk ICU. Tak rasa macam gelap dunia bila baca mesej macam tu? Tapi, alhamdulillah. Allah bagi peluang lagi untuk aku berbakti kepada ibu. Umur ibu panjang lagi.


Itu ujian masa aku sekolah dulu.


Sekarang ni aku dan keluarga aku diuji lagi dengan perubahan dari segi sikap, kesihatan dan emosi ibu aku. Ibu sekarang ni selalu sakit, senang marah-marah, senang terasa. Ada sekali aku balik raya tahun lepas, aku meninggi suara dengan abang aku. Kebetulan ibu aku terdengar. Terus ibu menangis, kata, "Korang dah la tak selalu jumpa. Tapi bila jumpa, bergaduh!". Aku tersentak dengar ayat ibu macam tu. Aku seboleh-boleh taknak buat ibu menangis lagi disebabkan aku. Masa tu, aku gagal daripada buat ibu menangis. Bukan gaduh besar pun sebenarnya, cuma pasal motor je. Abah dengar, biarkan aje. Abah nak kitorang settle sendiri hal motor tu. Dia taknak masuk campur. Tapi tu la,macam aku kata, ibu senang terasa sekarang ni. Nak buat macam mana. Sabar je la.


Ujian masing-masing tu berbeza. Ada yang kita nampak, ujian kawan kita tu macam terlampau berat. Ada orang tengok kita menghadapi ujian berat jugak. Sebenarnya, apa yang Allah beri tu, semuanya kita mampu untuk menanggungnya. Antara kita sabar, redha dengan ujian tu ke tak. Bila tak sabar, kita mula rasa macam Allah tu tak adil bagi ujian melampau-lampau untuk kita sedangkan orang lain tak kena. Percayalah, Allah takkan uji kita melainkan kita mampu untuk menanggungnya.


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. [2:286]




Yang paling penting sekali, banyak kali aku dengar nasihat, JANGAN SESEKALI BURUK SANGKA DENGAN ALLAH. Ingat ni.


Chow. Wassalam.









27.2.12

Kata-kata Saidina Ali kwj


Lama dah aku tak tulis info-info agama ni sebab aku tak rasa macam layak nak cakap pasal agama ni.Tapi apa yang aku rasa patut sampaikan aku sampai kan.Pesanan ringkas dan padat yang aku nak kongsi bersama.8 pesanan Saidina Ali bin Abi Talib:

Saidina Ali r.a berkata :

1 – Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyuk
2 – Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
3 – Tiada kebaikan bagi pembaca al-Quran tanpa mengambil pengajaran daripadanya.
4 – Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak
5 – Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang menyayangi.
6 – Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
7 – Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
8 – Barang siapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara’,sedang orang yang tidak wara’ itu bererti hatinya mati.

Semua pesanan tu nampak macam ringkas tapi sesungguhnya bagi aku teramatla susah untuk kita capai.Tapi kalau dapat kita capai Insyaallah ketenangan hidup tu dapat kita capai.First sekali tentang solat.Kekusyukan solat satu yang susah nak dapat.Aku rasa aku tak pernah rasa kekusyukan dalam solat.Mungkin aku tak tahu maksud-maksud dalam solat ni.Siapa yang tahu bahasa Arab ni aku rasa satu advantage yang korang kena grab.Aku 5 tahun sekolah agama(3 tahun kelas agama + 2 tahun sekolah agama) last-last satu hapak pun aku tak ingat Bahasa Arab ni. Sekali sampai Mesir, berubah terus Bahasa Arabnya. Betul la pepatah Arab cakap,

”Al-Ilmu Bi La Amal Kal Shajarah Bi La Samar”…

“Ilmu Tanpa Amal Bagaikan Pokok Tiada Buah”

Sia-sia je belajar kan kalau tak beramal dengan ilmu kita belajar.

Bab puasa pulak Alhamdulillah lebih sempurna dari dulu.Dulu puasa aku macam berlapar semata-mata.Tak banyak amalan sunat lain aku lakukan.Tak baca Al-Quran..Tarawih pon macam terpaksa.Walaupun tak sempurna banyak puasa aku sekarang,tapi ok la. Semoga tahun depan lebih sempurna.Baca Al-Quran dan ambil pengajaran.Satu lagi kelebihan pada sesiapa yang faham bahasa Arab.Tapi alasan je kan.Kitab Tafsir Al-Quran kan banyak.Cuma nak taknak je.

Ilmu tanpa sifat warak memang mampu membuat orang tu terasa hebat.Memandang rendah dekat orang lain.Rasa gah dan lebih advance dari orang lain.Pendapat orang lain ditolak bulat-bulat.Ilmu yang ada taknak dikongsi bersama.Cari ilmu ni memang bagus.Sebab ahli ilmu ni lebih hebat di sisi Allah berbanding ahli ibadah.Tapi kena bersederhana atau berwasatiah.Ilmu kena ada ibadah pun kena ada.Biar seimbang.Berapa banyak dalam Al-Quran tertulis tentang kebaikan ilmu.Tapi beware ilmu tu mampu mencampakkan korang ke neraka kalau ada walaupun sekelumit rasa megah dalam diri tu dengan ilmu yang kita ada.

Berdoa tu biar la ikhlas.Tapi aku sendiri kadang-kadang mengeluh bila doa aku tak dimakbulkan.Padahal doa kita tak semestinya kita dapat di dunia.Mungkin di akhirat dan mungkin gak diganti dengan kebaikan yang lain sebab Allah Maha Mengetahui apa yang lebih baik dalam hidup kita.

Teman saling sayang menyayangi. Ikhlaskan la dalam berkawan ye. Nikmat paling baik ialah nikmat kekal abadi. Memang nikmat dunia rasanya tak pernah cukup dalam hidup kita ni. Dah dapat yang ni,nak yang tu pulak. Macam-macam. Nikmat kekal abadi ialah nikmat Islam bagi kita sebenarnya.Memang rugi sesiapa yagn melepaskan nikmat Islam ni. So,sama-sama la kita tingkatkan keimanan kita InsyaAllah.

Last sekali tentang bicara ni.Syukur yang aku ni tak dijadikan banyak bercakap.Terhindarla dari cakap benda yang tak sepatutnya.Memang orang banyak cakap ni aku tengok banyak la benda tak elok yang keluar.Kadang-kadang nampak gak la kebodohan orang tu.Cakap tu biarla berisi sikit.Ye tak?

p/s : Aku ambik entry orang lain dan olah serba sedikit sebab gaya bahasa dan penulisan blogger asal lebih kurang sama macam aku dan point aku nak tulis pon sama je dengan dia.

4.1.12

Ubat Mujarab



Ubat stress paling mujarab :

  1. SOLAT FARDHU
  2. SOLAT SUNAT
  3. BACA AL-QURAN
  4. ZIKRULLAH


InsyaAllah...

#trust me. i'm a pharmacist.

24.11.11

Kampung Terakhir





siapa pun kita
perjalanan kita tetap satu arah
kampung terakhir

8.8.11

Hajj....Tariq...Tariq

Assalamualaikum wbt...



Hari ni da cukup la dua hari aku selamat sampai ke Mesir setelah 2 minggu mengerjakan umrah. Subhanallah. Dulu cuma asyik membayang je keadaan Al-Haramain masa tengok tv or buku2. Kali ni,alhamdulillah. Rezeki Allah bagi,dapat jugak jejak kaki kat dua tempat paling suci atas muka bumi ni dalam masa yang muda. Ye la,bapak aku dulu umor da 40 lebih baru jejak kaki. Aku ni separuh dari umor beliau da dapat jejak kaki. Kan ke nikmat tu?


Aku sebenarnya plan nak pergi buat umrah ni masa winter break(bulan Februari) itu ari. Tapi,ada orang kata visa umrah ditutup plak. And yang lagi best,Mesir tengah revolusi. Kita plan cantik dah. Terlupa plak ada lagi yang lagi pandai plan dari kita. Allah sebenarnya dah aturkan untuk aku balik Mlesia masa winter break tu. Pastu,masa summer break ni plak,Dia bagi peluang kat aku untuk pergi ke rumah Dia.


Pergi umrah masa summer ni, masyaAllah. Allah je tau macam mana rasanye. Cuaca yang panas memang menguji ketabahan betul la. Ko kena pilih,nak keluar pergi solat kat masjid dalam keadaan cuaca yang panas ataupon ko nak duduk lepak dalam bilik yang ada air-cond. Pilihan di tangan anda.


Antara pengalaman2 aku kat sana :


1. Dapat berada dekat dengan Nabi s.a.w,Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan Saidina Umar al-Khattab

Pehh..ini siryes meremang bulu roma. Bukan takot ke seram ke ape sebab duduk sebelah kubor,tapi gerun dengan segan bila berdiri depan 3 orang manusia agung atas muka bumi. Asyik terfikir je,masa Nabi s.a.w nak wafat dulu,yang baginda sebut2 "ummati...ummati",rasa2 macam baginda dah nampak aku je masa tu. Segan gila ah. Banyak da kot ajaran2 Nabi yang kadang2 aku terlupa. Adeii.

Dengan Saidina Abu Bakar plak,bila terkenang sirah beliau,rasa hormat terus dengan beliau. Beliau dapat dimakamkan di sebelah kekasih beliau.

Bila lintas makam Saidina Umar plak,ini lagi kaw2 punye gerun. Rasa2 kalau beliau ada lagi la,mau makan penampor dah aku ni. Lalai ingat kat Allah dengan Nabi.


2. Pergi perkuburan al-Baqi'

Kat sini la tempat persemadian isteri2,anak2,cucu2,dan sahabat2 Nabi s.a.w. Ada ustaz yang jadi mushrif tu cakap,beruntung la siapa2 yang dikuburkan di al-Baqi' sebab dapat berada dekat dengan Nabi s.a.w. Agak2nya aku dapat tak dikuburkan kat situ? :'(

3. Solat taraweh depan Baitullah al-Haram

Ini memang nak menangis rasa. Sama la. Dulu tengok dalam tv je orang solat taraweh kat Masjidil Haram. Kali ni,alhamdulillah dapat peluang nak masuk dalam tv tu pulak. Haha. Agak2 ada ternampak x aku dalam siaran langsung solat taraweh tu? :P

Bila berdiri depan Kaabah,rasa otomatik je diri ni memang kecik. Ye la. Orang arab semua besor2. Eh. Bukan kecik dalam konteks ni le dol. Kecik maksudnya rendah gila diri ni kat depan Allah. Kaabah tu pon da besor macam tu. Tu baru rumah je. Belum tengok Tuan Rumah lagi. Ish... Nabi Musa pon boleh pengsan bila tengok zat Tuan Kaabah,inikan pulak aku.

4. Panjat Jabal Nur/Gua Hira'

Fuuhh.. Ini memang mencabar gile ar. Kat belakang umah aku ada satu gunung/bukit. Orang panggil Bukit Tampin. Bukit belakang umah aku ni rasa2nya lagi tinggi dari Jabal Nur tu,tapi aku x de la rasa macam separuh mati bila panjatnya. Bila panjat Jabal Nur tu,umang ai (bukan spesis hidupan laut,ia adalah ayat penyata yg membawa maksud sama erti dengan "gile la!") siryes penat. Kalau suruh aku naik selang sebulan pon aku x sanggup. Tapi bayangkan Nabi dulu beruzlah kat situ,ada la beberapa kali dalam seminggu. Rasa malu lagi di situ...

Kat situ,gua nya cuma boleh muat sorang je. Memang khas untuk Nabi. Tapi sekarang ni,beribu umat atas Jabal Nur tu berebut2 nak masuk gua tu. Masuk doa je x pe la. Ini kena ada yang masuk nak solat dalam tu,memang tunggu orang sepak dari belakang le jawabnye tu.


5. Buat ibadat umrah

Ibadat umrah ni senang je,tapi memerlukan disiplin,tenaga dan kesabaran yang tinggi. Jangan kerjanya nak berebut dengan jemaah lain. Siryes kena banyak sabar. Hajj2...tariq2!!


Sebenarnya banyak lagi pengalaman2 yang x dapat aku lupakan sepanjang umrah ni.Ada jaulah pergi Masjid Quba'(masjid pertama dibina dalam sejarah Islam),pergi ladang unta,pergi ke Hudaibiyah(tempat perjanjian HUdaibiyah dimeterai),dan macam2 tempat lagi. Cumanya kalau nak tulis semua,panjang sangat nanti. Cukup takat tu je la. Ade gambar2 sket ni. Layan la.




Pemandangan Masjid Nabawi waktu malam



belakang Makam Nabi saw



Bukit Uhud



Makam Saidina Hamzah r.a



kilang pembuatan al-Quran


menara jam mekah dari jauh



masa umrah pon da ramai macam ni



Allah...Allah



kat Jabal Rahmah(masing2 doa sume same,nak mintak jodoh...haha)



dekat bawah tulisan tu la pintu gua Hira'



pemandangan dari atas Jabal Nur


ini chief/cip..tapi ak bukan nak jual muke dy cume nak kate ade jumpe member lame kat atas gua hira' ni. sila2 la mencari ye. haha


Korang doa2 la supaya dapat sampai kat al-Haramain dalam masa yang muda2 ni. Simpan la dulu hasrat nak tour Europe ke mana ke. Pergi dulu umrah,doa la banyak2 supaya dapat pergi Europe plak lepas buat umrah tu.

22.6.11

Segala puji hanya untuk-Nya

Assalamualaikum wbt...


Tadi aku puji kehenseman seorang sahabat aku,Madong(nama sebenar x boleh diberitahu atas sebab2 keselamatan,nanti takot korang pergi carik dia.haha).


Aku jadi terkedu bila dia balas balik dekat aku,


"Segala pujian hanya untuk Allah.Dia lagi hensem dari aku"


Erkk. Aku terlupa. Segala pujian hanya untuk Allah. Kita makhluk ni x layak untuk dipuji2 apatah lagi minta dipuji. Kalau yang minta dipuji ni,bawak dia jumpa aku. Senang aku nak jentik kening dia.

Itulah. Makin hari,makin lalai kita (baca : aku) ingat kat Allah. Apa nak jadi? Solat lewat,zikir kurang,istighfar boleh dibilang dengan jari,selawat hanya dalam waktu solat.


Jom la pakat ramai2 ingat balik dekat Sang Pencipta.


Allah ya Allah...


13.6.11

Andai...

Assalamualaikum wbt...





ihdinassirotolmustaqim...




Andai diri rasa kesepian,
ingatlah Tuhanmu sentiasa dekat denganmu

Andai kegelisahan mengulit diri,
berdoalah kepada Tuhanmu agar dipermudahkan segala urusan.

Andai gusar dengan yang tidak pasti,
Tuhanmu Maha Mengetahui apa yang dikau hajati.

Percayalah,
Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan.


10.5.11

Yang Lena Diulit Leka

Assalamualaikum wbt...


Sang hamba kerdil mencabar Tuannya
Kesalahan sama masih dikerjakannya
Walau janji dimeterai saban hari


Mengucap janji takkan janji dilupa
Tapi meniti liku yang memusnah diri
Kerana nyata dipaut nafsu hakiki


Tidak malu hanya mahu meminta
Walau diri menakung dosa
Rasa takut kian jauh di mata
Masih membuat salah yang sama


Oh apa ingin jadi gerangannya
Diri kian dekat di penghujung usia
Hanya terleka dan semakin alpa




-yang lena diulit leka-



(masih membuat dosa yang sama.mohon doakan diri ini kuat melawan segala godaan.)

25.4.11

Awan Nano

Assalamualaikum wbt...


Sedang leka berbaring2 di atas katil,hati ini berasa sayu tatkala melihat potret keluarga tersayang terlekat di dinding.Kelihatan wajah abah yang makin di mamah usia. Rambutnya yang dulunya hitam berkilat kini semakin diganti dengan kilauan uban yang memutih."Makin blonde,"kata abah. Mungkin itu baginya gurauan untuk menyedapkan hati anak2 dan isteri,walau di sudut hati mula mengakui dirinya makin hampir menyahut seruan Ilahi.


Memori dahulu pantas menyelinap masuk ke dalam kotak fikiran. Masih segar di ingatan ketika beberapa hari sebelum ibu dan abah hendak mengerjakan ibadat haji. Abah memanggil kami 3 beradik. Ingin berwasiat apa-apa yang perlu katanya sebelum terlambat. Abang dan adikku sudah mula menggugurkan titik-titik air mata tatkala abah berkata sebegitu. Aku? Ah,hati ini yang terlampau keras dek tidak selalu menitiskan air mata,hanya berkelakuan biasa apabila mendengar kata-kata abah itu.

"Abah dengan ibu mungkin tidak akan pulang setelah mengerjakan haji ni.Kalau ditakdirkan abah pergi dulu,along,angah jaga ibu dengan adik baik-baik. Sama macam mana abah jaga kamu berdua.Andai kami berdua ditakdir pergi bersama,sama juga,abah tanggungjawabkan along dengan angah untuk menjaga adik baik-baik. Jagalah adik sehingga saat dia masuk dipinang orang. Kamu hanya 3 beradik. Susah senang mesti bersama. InsyaAllah semua harta dan aset abah dengan ibu telah kami selesai uruskan. Kalau apa-apa terjadi,angah pergi jumpa makcik-makcik kau. Abah dah pertanggungjawabkan mereka dengan segala dokumen-dokumen penting. Along,semua rumah dan kereta abah ni,abah serah kepada kau untuk dijaga. Kau bahagikan lah sama adil semua kereta dan rumah itu kepada adik-adik kau."

Begitulah amanat yang disampaikan oleh orang tuaku. Terasa gelap seketika dunia ini membayangkan bagaimana kehidupan kami andai Allah menjemput mereka berdua ketika kami masih memerlukan mereka.

Hati ini kian terasa apabila mengenangkan ketiadaan abah di sisi. Sejak kecil diri ini memang agak kekurangan kasih sayang dari abah. Abah selalu keluar daerah untuk mencari rezeki bagi menampung hidup kami sekeluarga. Keringat abah yang selalu 'out-station' sedikit sebanyak mempengaruhi gaya hidup kami. Tidak mewah bagai sesetengah orang berada,juga tidak kesempitan bagai orang-orang kurang berkemampuan. Namun dek kerana tidak pernah berasa susah,tidak pernah merasa kekurangan wang dan keperluan,kadang-kadang diri ini terleka mengingati yang kesenangan dikecapi hanya sementara. Duit,makanan,minuman,pakaian dan juga abah sebenarnya cuma dipinjamkan seketika Allah kepadaku.

Dek kerana kesenangan itu juga diri ini mula besar kepala. Kata-kata abah sering disanggah. Namun,sekeras mana pun hati seorang lelaki,dia tetap seorang manusia.Hatinya juga mudah terguris andai kata-kata tajam hinggap di permukaan.Apatah lagi diucapkan oleh anak yang dibesarkan tanpa cacat cela.

Ah,begitulah diri ini. Sombong kerana beranggapan diri ini lebih bijak dari abah. Abah cuma sekolah kampung,pergi sekolah dengan pakaian yang lusuh dan tinggal di rumah kayu. Diri ini menganggap belajar di sekolah berasrama penuh dan dikelilingi orang-orang bijak pandai sudah ber'makam' lebih tinggi dari abah. Tidak terlintas di fikiran bahawa budak sekolah kampung seperti abahlah yang telah memasukkan diri ini ke sekolah berprestasi itu.

20 tahun lamanya,baru diri ini merasai kehadiran dan kepentingan abah di sisi. Dulu memang selalu dapat apa yang diminta. Namun,sejak pulang ke Malaysia pada saat darurat di Mesir tempoh hari membuatkan mata kepala dan hati mula terbuka akan kepayahan hidup andai tanpa abah di belakang.

Disebabkan masalah kewangan pejabat yang melanda,abah terpaksa bergantung kepada gaji bulanan ibu untuk membayar segala keperluan. Bukan meminta semua duit milik ibu,walau sudah diberi keizinan oleh ibu,dek kerana ego seorang lelaki dan perasaan kasih seorang suami,abah hanya mengambil yang perlu sahaja dari ibu. Kesempitan hidup tanpa perbelanjaan yang cukup,membuatkan abah terpaksa menebalkan muka meminta-minta di pejabat. Walaupun jelas wang yang dipinta adalah haknya,namun aku kenal sangat dengan perangai abah. Abah tidak suka meminta-minta malah lebih suka memberi. Duit yang sepatutnya diperolehinya,diberi dahulu kepada pekerja-pekerja bawahannya yang lebih memerlukan. Katanya, "itu rezeki mereka,insyaAllah ada rezeki kita nanti ada lah,jangan risau."

Sungguh tenang riak wajah abah. Ternyata rezeki Allah itu sangat luas,seperti dijanjikanNya, "Barangsiapa bertakwa kepadaKu,nescaya akanKu berikan padanya ganjaran padanya dari jalan yang tidak disangka-sangka". Aku mendapat zakat dari kerajaan negeri. Dengan duit yang aku peroleh,aku berikan semua yang ku dapat kepada abah. Jumlahnya ada dalam RM2500. Aku memang merelakan abah untuk mengambil berapa yang dikehendaki. Namun,alangkah terkejut diri ini apabila abah hanya mengambil RM200 sahaja dan selebihnya dipulangkan kepada aku kembali. "Inikan duit kau.Bukan duit abah.Terima kasih ya,angah.Nanti bila abah ada duit abah ganti balik,"itu tuturnya. Bagaikan mahu menitis air mata ini bila mendengar sebegitu.


Kini setelah kembali jauh dari tanah air,sentiasa ku doakan agar abah dipelihara dan dijauhkan dari segala malapetaka dan penyakit agar abah dapat menjaga ibu dan mencari rezeki lagi. Kadang terfikir juga oleh diri ini,alangkah lambatnya hendak habis pengajian.Andai tamat pengajian dan memperoleh pekerjaan,memang ingin dipaksa agar abah duduk sahaja di rumah,mengerjakan kebun. Fitrah orang kampung,bukan boleh duduk diam. Sudah keringat tinggal di penghujung masih mahu bekerja.

Moga abah dipanjangkan usia sehingga kelak aku dapat membalas jasa-jasanya.Tidak mungkin terbalas semua jasa-jasa abah,tapi sekadar dapat menghiburkan hatinya di dunia dan di akhirat insyaAllah.


(tajuk merupakan salah satu lagu nyanyian Hafiz AF7,berkaitan dengan pengorbanan seorang ayah)

26.3.11

Setiap Memori Ada Pautan Kenangan(SMAPK)

Assalamualaikum wbt...


Ni aku nak habaq mai pasai idop aku masa kat SMAPK dulu(kalau hangpa xtau apa tu SMAPK,pi tanya Haji Google.aku malaih nak crita).


Aku dulu masa baru2 masok sana,biasalah kan orang baru masok asrama.Ikot peraturan tu,huh toksah nak habaq la.Macam budak2 form 1.Bangon pagi awai,pi suboh kat masjid,baca ma'thurat.Pakai baju kemaih2. Pendek kata,seketui la macam budak2 form 1,beza nya aku pakai seluaq putih depa pakai seluaq ijau. Tu ja.


Lepaih makan kat DM(dewan melantak),aku pon siap2 la pi kelas.Aku selalu pi kelas dalam pukoi 6.40 gitu.Kalau pukoi 6.45 tu da rasa macam lewat sangat la. Bagoih x aku? Haha. Paling sadis kalau pukoi 6.40 tu la perot meragam an. Pehh. Kat jamban ayaq da x dak da. Ada tu ada la takat buat kumoq ja dapat. Kalau nak buat lepaih hajat,kirim salam la.Itu la salah satu sebab kenapa aku selalu pi skola awai.Boleh buang kat skola,ayaq pon banyak.

Kat aspura(asrama putera) ni,hangpa jangan nak dok bayang sama keadaan cam kat aspuri. Haaa. Pukoi 6.50 tu kira awai lagi la kalau nak pi skola. Aku tengok yang puteri semua da pakat tinggai kawasan hostel da masa ni. Aku masa baru masok dulu pelik gak pasai aku da nak pi skola da time tu,tapi ada member2 aku baru tarik tuala nak pi jamban. Tapi da lama2,pemandangan tu jadik biasa.


Aku pi awai pon bukan pa,saja nak ulangkaji sket2(eceh,walhal nak buat keja sekolah yg x buat). Lepaih tu,pukoi 7.30 kena pi dataran perhimpunan. Nasyid asma ul husna sekali,lagu skola sekali,then lagu negaraku sekali. Lepaih tu cikgu2 berucap. Kalau GPK Hem berucap, xdak laen da ucapan dy.


"Ahli dorm D07 sila balek kemas dorm sekarang juga."


Haaa. Ni leceh. Dorm aku tu. Nak x nak terpaksa balek la hostel semula pi kemaih dorm. Masa form 4 dulu,aku x tahan sangat pasai selalu kena kemaih dorm pagi2,aku pindah dorm sebelah,D08. Dorm asai aku tu penoh ngan budak form 3. Kadang yg form 4 da kemaih dorm,depa mai bawak geng pi buat onar kat dorm aku pahtu tinggai camtu ja. Terbakaq la weh.


Hat D08 masa tu dorm budak form 5. Stok2 kaki masjid semua kecuali sorang. Haaa...memang syok la dok dorm tu. Biah dy laen sket. Sejuk ja rasa dorm tu. Kemaih pon kemaih da dorm tu. X dak kena panggil masa perhimpunan lagi da. Pandai x pemikiran aku? Hoho


Kat D08 tu,suma orang aku panggil abang kecuali 3 orang. Yang 3 orang ni aku tengok sekepala ngan aku. Tu yang kamceng ja tu. Yang laen bukan x kamceng,boleh la buat sembang tapi segan tu ada la sebab ada yang selalu jadik imam masjid,muka2 stadi semua an. Yang hat 3 orang tu, Usaid,Manong ngan Khai Tua. Jangan tanya aku la awat nama depa pelik gitu,da orang panggil gitu,aku ikot ja. Nama manja orang habaq.


Tapi yang paling aku rapat sekali ngan Usaid tu la. Bukan macam abang ngan adik da,macam member sebaya da. Hebat makhluk sorang ni. Keje tidoq je dalam dorm,result toksah crita. Memang bukan orang tidoq punya result la. Tu yang aku kagum ngan dy. Dy ni lepak2 ja orangnya,easy going bak kata omputih. Syok ah lepak ngan dy ni.


Tu masa aku form 4 la. Xde life sangat masa ni. Budak baru la katakan.


Laen plak crita masa aku form 5. Haaa....


Still aku masok dorm D07 tu balek. Memang da jodoh aku ngan dorm tu an.Nak buat lagu mana. Orang yang sama gak dalam dorm tu. Bila orang da sama,perangai pon tetap sama la an. Takat kena panggil ngan GPK Hem tu biasalah. Aku pon da enjoy kena panggil nih. Haha.

Dorm aku tu pulak tempat lepak budak2 form 5. Siap ada panggilan lagi untuk ahli2 asal dan mendatang. "D07 and The Outsiders". Bunyik cam legend abis an?

Kat dorm ni la macam2 kenangan ada. Kitorang buat kenduri dalam ni,maen kejaq2,maen bola,maen badminton,maen chess,tidoq belambak gitu ja atas lantai,stadi sama2 masa SPM. Pehh...memang syok la.


Macam orang habaq la,ko form 4 ke form 1 memang ko alim,baek. Cube ko da idop setaon kat hostel mula la perangai sebenaq kluaq an. Takat maen kejaq2 ngan warden tu,alah itu senaman tambahan ja tu. Perkara biasa da tu. Warden kejaq kanan,kita cabut ikot kiri. Warden semua da berfamili,berat je masing2 nak kejaq an. Haha.


Tapi,ada satu warden ni,memang legend abis la. Jangan hangpa carik pasai ngan dy. Mati hangpa nnt. Warden tu pon sebenaqnya GPK Kurikulum. Nama manja dy kat hostel "Wak Re" tapi nama betol dy Rezazali. Kenapa panggil wak? Haaa...Hang pi dengaq dy cakap keluaq bunyik apa. Kalau bukan bunyik jawa tu,bukan Wak Re la. Pak aku yang jawa gak tu bila dengaq suara dy boleh tergelak.


"Ni pekat punya jawa ni ngah,"habaq pak aku.


Wak Re ni rajin kejut budak bangon pagi. X yah nak beli jam loceng la. Hang tunggu ja pukoi 5.30 pagi,kompem dy bawak jam loceng dy yang macam harem punya bunyik. Pagi2 buta dy pi "ramm" or pulas minyak motor Suzuki Sport kaler merah dy tu. Mana x terkujat budak2 an. Roh yang keluaq jalan2 masa tengah tidoq tu pon kalut nak lari balek.


"Haaa..Bangun2. Sapa saya tengok masih atas katil siap. Da nak azan da ni. Pegi masjid. Sapa saya jumpa ada kat hostel lagi,saya rembat(batang rotan dy tu toksah crita la besaq mana.memang boleh mimpi ngeri kalau kena).Yang boleh ada kat hostel ni,kat dalam bilik air cuma orang yang kena mandi wajib je. Yang laen wajib pegi masjid"


Gitu la bunyik alarm kitorang pagi2. Jam yang amat bingit dan sangat annoying. Kalau kitorang dapat tau dy kena pi kursus,pehh..memang heaven abis. Tidoq sampai pukoi 6 pon rilek lagi.Warden laen ada datang kejut,tapi Wak Re ni aura dy laen macam la.


Yang laen2,pi outing sah ngan x sah tu,malas nak habaq la. Biasa la,idop kat asrama mesti ada fly.


"Ko kalau x fly sekali dalam hostel ni,memang ko bukan budak hostel la",ayat member aku.


Aku? Ada gak la fly sekali dua tu. Bukan pa,nak fly banyak2 kali ni,sian ngan makpak aku kalau aku kantoi an. Depa malu,aku lagi la terok kena perambat ngan pak aku. Huish,pak aku jangan maen2. Abang aku yg da keja tu pon leh kena tibai,ni apatah aku yang baru form 5 an. Kita fly cara berhemah ja la,ikot keperluan. Takat nak pi CC tu,pada aku bukan keperluan utama la.


Aku paling suka sekali hidop bersekolah ni waktu form 5. Aku memang enjoy abis,n aku memang rindu betoi zaman tu.


Ni antara kenangan2 terindah kami masa idop kat D07 '08.


ni gambaq masa ari laz sebelom masing2 blah teros dari skola




ni nasik talam,kitorang buat kenduri makan ni



antara pemandangan dalam dorm aku(ni bukan kawasan locker aku,harap maklum)



hiasan dalam dorm



ni masing2 bersiap nak pi jamuan form 5



chess tournament(yg baju lengan oren tu dewa chess smap)



pemandangan masa SPM


pon masa SPM gak(aku bukan posing rajin,dorang snap time aku tgh membaca)



yeah..the legendary katil bersurat(kelihatan nama2 D07 and The Outsiders)



K la. Tu ja nak habaq pasai idop aku kat SMAPK dulu. Banyak lagi crita sebenaqnya,laen masa aku sambung.Chow.Wassalam