Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

25.4.11

Awan Nano

Assalamualaikum wbt...


Sedang leka berbaring2 di atas katil,hati ini berasa sayu tatkala melihat potret keluarga tersayang terlekat di dinding.Kelihatan wajah abah yang makin di mamah usia. Rambutnya yang dulunya hitam berkilat kini semakin diganti dengan kilauan uban yang memutih."Makin blonde,"kata abah. Mungkin itu baginya gurauan untuk menyedapkan hati anak2 dan isteri,walau di sudut hati mula mengakui dirinya makin hampir menyahut seruan Ilahi.


Memori dahulu pantas menyelinap masuk ke dalam kotak fikiran. Masih segar di ingatan ketika beberapa hari sebelum ibu dan abah hendak mengerjakan ibadat haji. Abah memanggil kami 3 beradik. Ingin berwasiat apa-apa yang perlu katanya sebelum terlambat. Abang dan adikku sudah mula menggugurkan titik-titik air mata tatkala abah berkata sebegitu. Aku? Ah,hati ini yang terlampau keras dek tidak selalu menitiskan air mata,hanya berkelakuan biasa apabila mendengar kata-kata abah itu.

"Abah dengan ibu mungkin tidak akan pulang setelah mengerjakan haji ni.Kalau ditakdirkan abah pergi dulu,along,angah jaga ibu dengan adik baik-baik. Sama macam mana abah jaga kamu berdua.Andai kami berdua ditakdir pergi bersama,sama juga,abah tanggungjawabkan along dengan angah untuk menjaga adik baik-baik. Jagalah adik sehingga saat dia masuk dipinang orang. Kamu hanya 3 beradik. Susah senang mesti bersama. InsyaAllah semua harta dan aset abah dengan ibu telah kami selesai uruskan. Kalau apa-apa terjadi,angah pergi jumpa makcik-makcik kau. Abah dah pertanggungjawabkan mereka dengan segala dokumen-dokumen penting. Along,semua rumah dan kereta abah ni,abah serah kepada kau untuk dijaga. Kau bahagikan lah sama adil semua kereta dan rumah itu kepada adik-adik kau."

Begitulah amanat yang disampaikan oleh orang tuaku. Terasa gelap seketika dunia ini membayangkan bagaimana kehidupan kami andai Allah menjemput mereka berdua ketika kami masih memerlukan mereka.

Hati ini kian terasa apabila mengenangkan ketiadaan abah di sisi. Sejak kecil diri ini memang agak kekurangan kasih sayang dari abah. Abah selalu keluar daerah untuk mencari rezeki bagi menampung hidup kami sekeluarga. Keringat abah yang selalu 'out-station' sedikit sebanyak mempengaruhi gaya hidup kami. Tidak mewah bagai sesetengah orang berada,juga tidak kesempitan bagai orang-orang kurang berkemampuan. Namun dek kerana tidak pernah berasa susah,tidak pernah merasa kekurangan wang dan keperluan,kadang-kadang diri ini terleka mengingati yang kesenangan dikecapi hanya sementara. Duit,makanan,minuman,pakaian dan juga abah sebenarnya cuma dipinjamkan seketika Allah kepadaku.

Dek kerana kesenangan itu juga diri ini mula besar kepala. Kata-kata abah sering disanggah. Namun,sekeras mana pun hati seorang lelaki,dia tetap seorang manusia.Hatinya juga mudah terguris andai kata-kata tajam hinggap di permukaan.Apatah lagi diucapkan oleh anak yang dibesarkan tanpa cacat cela.

Ah,begitulah diri ini. Sombong kerana beranggapan diri ini lebih bijak dari abah. Abah cuma sekolah kampung,pergi sekolah dengan pakaian yang lusuh dan tinggal di rumah kayu. Diri ini menganggap belajar di sekolah berasrama penuh dan dikelilingi orang-orang bijak pandai sudah ber'makam' lebih tinggi dari abah. Tidak terlintas di fikiran bahawa budak sekolah kampung seperti abahlah yang telah memasukkan diri ini ke sekolah berprestasi itu.

20 tahun lamanya,baru diri ini merasai kehadiran dan kepentingan abah di sisi. Dulu memang selalu dapat apa yang diminta. Namun,sejak pulang ke Malaysia pada saat darurat di Mesir tempoh hari membuatkan mata kepala dan hati mula terbuka akan kepayahan hidup andai tanpa abah di belakang.

Disebabkan masalah kewangan pejabat yang melanda,abah terpaksa bergantung kepada gaji bulanan ibu untuk membayar segala keperluan. Bukan meminta semua duit milik ibu,walau sudah diberi keizinan oleh ibu,dek kerana ego seorang lelaki dan perasaan kasih seorang suami,abah hanya mengambil yang perlu sahaja dari ibu. Kesempitan hidup tanpa perbelanjaan yang cukup,membuatkan abah terpaksa menebalkan muka meminta-minta di pejabat. Walaupun jelas wang yang dipinta adalah haknya,namun aku kenal sangat dengan perangai abah. Abah tidak suka meminta-minta malah lebih suka memberi. Duit yang sepatutnya diperolehinya,diberi dahulu kepada pekerja-pekerja bawahannya yang lebih memerlukan. Katanya, "itu rezeki mereka,insyaAllah ada rezeki kita nanti ada lah,jangan risau."

Sungguh tenang riak wajah abah. Ternyata rezeki Allah itu sangat luas,seperti dijanjikanNya, "Barangsiapa bertakwa kepadaKu,nescaya akanKu berikan padanya ganjaran padanya dari jalan yang tidak disangka-sangka". Aku mendapat zakat dari kerajaan negeri. Dengan duit yang aku peroleh,aku berikan semua yang ku dapat kepada abah. Jumlahnya ada dalam RM2500. Aku memang merelakan abah untuk mengambil berapa yang dikehendaki. Namun,alangkah terkejut diri ini apabila abah hanya mengambil RM200 sahaja dan selebihnya dipulangkan kepada aku kembali. "Inikan duit kau.Bukan duit abah.Terima kasih ya,angah.Nanti bila abah ada duit abah ganti balik,"itu tuturnya. Bagaikan mahu menitis air mata ini bila mendengar sebegitu.


Kini setelah kembali jauh dari tanah air,sentiasa ku doakan agar abah dipelihara dan dijauhkan dari segala malapetaka dan penyakit agar abah dapat menjaga ibu dan mencari rezeki lagi. Kadang terfikir juga oleh diri ini,alangkah lambatnya hendak habis pengajian.Andai tamat pengajian dan memperoleh pekerjaan,memang ingin dipaksa agar abah duduk sahaja di rumah,mengerjakan kebun. Fitrah orang kampung,bukan boleh duduk diam. Sudah keringat tinggal di penghujung masih mahu bekerja.

Moga abah dipanjangkan usia sehingga kelak aku dapat membalas jasa-jasanya.Tidak mungkin terbalas semua jasa-jasa abah,tapi sekadar dapat menghiburkan hatinya di dunia dan di akhirat insyaAllah.


(tajuk merupakan salah satu lagu nyanyian Hafiz AF7,berkaitan dengan pengorbanan seorang ayah)

26.3.11

Setiap Memori Ada Pautan Kenangan(SMAPK)

Assalamualaikum wbt...


Ni aku nak habaq mai pasai idop aku masa kat SMAPK dulu(kalau hangpa xtau apa tu SMAPK,pi tanya Haji Google.aku malaih nak crita).


Aku dulu masa baru2 masok sana,biasalah kan orang baru masok asrama.Ikot peraturan tu,huh toksah nak habaq la.Macam budak2 form 1.Bangon pagi awai,pi suboh kat masjid,baca ma'thurat.Pakai baju kemaih2. Pendek kata,seketui la macam budak2 form 1,beza nya aku pakai seluaq putih depa pakai seluaq ijau. Tu ja.


Lepaih makan kat DM(dewan melantak),aku pon siap2 la pi kelas.Aku selalu pi kelas dalam pukoi 6.40 gitu.Kalau pukoi 6.45 tu da rasa macam lewat sangat la. Bagoih x aku? Haha. Paling sadis kalau pukoi 6.40 tu la perot meragam an. Pehh. Kat jamban ayaq da x dak da. Ada tu ada la takat buat kumoq ja dapat. Kalau nak buat lepaih hajat,kirim salam la.Itu la salah satu sebab kenapa aku selalu pi skola awai.Boleh buang kat skola,ayaq pon banyak.

Kat aspura(asrama putera) ni,hangpa jangan nak dok bayang sama keadaan cam kat aspuri. Haaa. Pukoi 6.50 tu kira awai lagi la kalau nak pi skola. Aku tengok yang puteri semua da pakat tinggai kawasan hostel da masa ni. Aku masa baru masok dulu pelik gak pasai aku da nak pi skola da time tu,tapi ada member2 aku baru tarik tuala nak pi jamban. Tapi da lama2,pemandangan tu jadik biasa.


Aku pi awai pon bukan pa,saja nak ulangkaji sket2(eceh,walhal nak buat keja sekolah yg x buat). Lepaih tu,pukoi 7.30 kena pi dataran perhimpunan. Nasyid asma ul husna sekali,lagu skola sekali,then lagu negaraku sekali. Lepaih tu cikgu2 berucap. Kalau GPK Hem berucap, xdak laen da ucapan dy.


"Ahli dorm D07 sila balek kemas dorm sekarang juga."


Haaa. Ni leceh. Dorm aku tu. Nak x nak terpaksa balek la hostel semula pi kemaih dorm. Masa form 4 dulu,aku x tahan sangat pasai selalu kena kemaih dorm pagi2,aku pindah dorm sebelah,D08. Dorm asai aku tu penoh ngan budak form 3. Kadang yg form 4 da kemaih dorm,depa mai bawak geng pi buat onar kat dorm aku pahtu tinggai camtu ja. Terbakaq la weh.


Hat D08 masa tu dorm budak form 5. Stok2 kaki masjid semua kecuali sorang. Haaa...memang syok la dok dorm tu. Biah dy laen sket. Sejuk ja rasa dorm tu. Kemaih pon kemaih da dorm tu. X dak kena panggil masa perhimpunan lagi da. Pandai x pemikiran aku? Hoho


Kat D08 tu,suma orang aku panggil abang kecuali 3 orang. Yang 3 orang ni aku tengok sekepala ngan aku. Tu yang kamceng ja tu. Yang laen bukan x kamceng,boleh la buat sembang tapi segan tu ada la sebab ada yang selalu jadik imam masjid,muka2 stadi semua an. Yang hat 3 orang tu, Usaid,Manong ngan Khai Tua. Jangan tanya aku la awat nama depa pelik gitu,da orang panggil gitu,aku ikot ja. Nama manja orang habaq.


Tapi yang paling aku rapat sekali ngan Usaid tu la. Bukan macam abang ngan adik da,macam member sebaya da. Hebat makhluk sorang ni. Keje tidoq je dalam dorm,result toksah crita. Memang bukan orang tidoq punya result la. Tu yang aku kagum ngan dy. Dy ni lepak2 ja orangnya,easy going bak kata omputih. Syok ah lepak ngan dy ni.


Tu masa aku form 4 la. Xde life sangat masa ni. Budak baru la katakan.


Laen plak crita masa aku form 5. Haaa....


Still aku masok dorm D07 tu balek. Memang da jodoh aku ngan dorm tu an.Nak buat lagu mana. Orang yang sama gak dalam dorm tu. Bila orang da sama,perangai pon tetap sama la an. Takat kena panggil ngan GPK Hem tu biasalah. Aku pon da enjoy kena panggil nih. Haha.

Dorm aku tu pulak tempat lepak budak2 form 5. Siap ada panggilan lagi untuk ahli2 asal dan mendatang. "D07 and The Outsiders". Bunyik cam legend abis an?

Kat dorm ni la macam2 kenangan ada. Kitorang buat kenduri dalam ni,maen kejaq2,maen bola,maen badminton,maen chess,tidoq belambak gitu ja atas lantai,stadi sama2 masa SPM. Pehh...memang syok la.


Macam orang habaq la,ko form 4 ke form 1 memang ko alim,baek. Cube ko da idop setaon kat hostel mula la perangai sebenaq kluaq an. Takat maen kejaq2 ngan warden tu,alah itu senaman tambahan ja tu. Perkara biasa da tu. Warden kejaq kanan,kita cabut ikot kiri. Warden semua da berfamili,berat je masing2 nak kejaq an. Haha.


Tapi,ada satu warden ni,memang legend abis la. Jangan hangpa carik pasai ngan dy. Mati hangpa nnt. Warden tu pon sebenaqnya GPK Kurikulum. Nama manja dy kat hostel "Wak Re" tapi nama betol dy Rezazali. Kenapa panggil wak? Haaa...Hang pi dengaq dy cakap keluaq bunyik apa. Kalau bukan bunyik jawa tu,bukan Wak Re la. Pak aku yang jawa gak tu bila dengaq suara dy boleh tergelak.


"Ni pekat punya jawa ni ngah,"habaq pak aku.


Wak Re ni rajin kejut budak bangon pagi. X yah nak beli jam loceng la. Hang tunggu ja pukoi 5.30 pagi,kompem dy bawak jam loceng dy yang macam harem punya bunyik. Pagi2 buta dy pi "ramm" or pulas minyak motor Suzuki Sport kaler merah dy tu. Mana x terkujat budak2 an. Roh yang keluaq jalan2 masa tengah tidoq tu pon kalut nak lari balek.


"Haaa..Bangun2. Sapa saya tengok masih atas katil siap. Da nak azan da ni. Pegi masjid. Sapa saya jumpa ada kat hostel lagi,saya rembat(batang rotan dy tu toksah crita la besaq mana.memang boleh mimpi ngeri kalau kena).Yang boleh ada kat hostel ni,kat dalam bilik air cuma orang yang kena mandi wajib je. Yang laen wajib pegi masjid"


Gitu la bunyik alarm kitorang pagi2. Jam yang amat bingit dan sangat annoying. Kalau kitorang dapat tau dy kena pi kursus,pehh..memang heaven abis. Tidoq sampai pukoi 6 pon rilek lagi.Warden laen ada datang kejut,tapi Wak Re ni aura dy laen macam la.


Yang laen2,pi outing sah ngan x sah tu,malas nak habaq la. Biasa la,idop kat asrama mesti ada fly.


"Ko kalau x fly sekali dalam hostel ni,memang ko bukan budak hostel la",ayat member aku.


Aku? Ada gak la fly sekali dua tu. Bukan pa,nak fly banyak2 kali ni,sian ngan makpak aku kalau aku kantoi an. Depa malu,aku lagi la terok kena perambat ngan pak aku. Huish,pak aku jangan maen2. Abang aku yg da keja tu pon leh kena tibai,ni apatah aku yang baru form 5 an. Kita fly cara berhemah ja la,ikot keperluan. Takat nak pi CC tu,pada aku bukan keperluan utama la.


Aku paling suka sekali hidop bersekolah ni waktu form 5. Aku memang enjoy abis,n aku memang rindu betoi zaman tu.


Ni antara kenangan2 terindah kami masa idop kat D07 '08.


ni gambaq masa ari laz sebelom masing2 blah teros dari skola




ni nasik talam,kitorang buat kenduri makan ni



antara pemandangan dalam dorm aku(ni bukan kawasan locker aku,harap maklum)



hiasan dalam dorm



ni masing2 bersiap nak pi jamuan form 5



chess tournament(yg baju lengan oren tu dewa chess smap)



pemandangan masa SPM


pon masa SPM gak(aku bukan posing rajin,dorang snap time aku tgh membaca)



yeah..the legendary katil bersurat(kelihatan nama2 D07 and The Outsiders)



K la. Tu ja nak habaq pasai idop aku kat SMAPK dulu. Banyak lagi crita sebenaqnya,laen masa aku sambung.Chow.Wassalam